Perkhidmatan
Perkhidmatan Sirkulasi
-
Semua ADN, pegawai dan kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor perlu mendaftar sebagai Ahli Perpustakaan bagi membolehkan mereka menggunakan perkhidmatan sirkulasi – tempahan, pinjaman, pembaharuan pinjaman, pemulangan bahan perpustakaan.
-
Keahlian adalah terbuka kepada ADN dan warga kerja yang bertugas di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Bangunan Darul Ehsan dan BangunanSultan Idris Shah (JAIS) sahaja.
-
Ahli Dewan Negeri Selangor boleh meminjam 6 buah buku dalam masa 3 minggu.
-
Semua pegawai dan kakitangan boleh meminjam 5 buah buku dalam masa 3 minggu.
-
Pemulangan buku boleh dilakukan pada waktu operasi perkhidmatan perpustakaan.
-
Buku-buku rujukan tidak boleh dipinjam.
-
Pengguna luar hanya dibenarkan membuat rujukan dan perlu mengemukakan surat memohon kebenaran membuat rujukan daripada jabatan/ IPTA/ IPTS.
Perkhidmatan Tempahan Buku
-
Tempahan buku boleh dibuat di kaunter pinjaman perpustakaan atau menghubungi kakitangan bertugas di talian 03-5544 7149.
Perkhidmatan Rujukan Semasa
-
Sebarang pertanyaan rujukan boleh dibuat di kaunter rujukan perpustakaan atau menghubungi kakitangan bertugas di talian 03-5544 7149, atau hantarkan pertanyaan melalui e-mel di alamat ilmu@selangor.gov.my / asilatulsyila@selangor.gov.my.
-
Semua koleksi buku terkini boleh dirujuk melalui Laman Web Perpustakaan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di ruangan 'BUKU TERKINI'.
-
Perkhidmatan Online Public Access Catalogue (OPAC) turut disediakan bagi memudahkan pengguna mencari buku yang diperlukan.
Perkhidmatan Internet dan Multimedia
•Internet – bagi memperluas dan memudahkan pengaksesan maklumat di internet.