Perkhidmatan Perkhidmatan

Perkhidmatan Sirkulasi

  • Semua ADN, pegawai dan kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor perlu mendaftar sebagai Ahli Perpustakaan bagi membolehkan mereka menggunakan perkhidmatan sirkulasi – tempahan, pinjaman, pembaharuan pinjaman, pemulangan bahan perpustakaan.

  • Keahlian adalah terbuka kepada ADN dan warga kerja yang bertugas di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Bangunan Darul Ehsan dan BangunanSultan Idris Shah (JAIS)  sahaja.

  • Ahli Dewan Negeri Selangor boleh meminjam 6 buah buku dalam masa 3 minggu.

  • Semua pegawai dan kakitangan boleh meminjam 5 buah buku dalam masa 3 minggu.

  • Pemulangan buku boleh dilakukan pada waktu operasi perkhidmatan perpustakaan.

  • Buku-buku rujukan tidak boleh dipinjam.

  • Pengguna luar hanya dibenarkan membuat rujukan dan perlu mengemukakan surat memohon kebenaran membuat rujukan daripada jabatan/ IPTA/ IPTS.

 

Perkhidmatan Tempahan Buku

  • Tempahan buku boleh dibuat di kaunter pinjaman perpustakaan atau menghubungi kakitangan bertugas di talian 03-5544 7149.

 

Perkhidmatan Rujukan Semasa

  • Sebarang pertanyaan rujukan boleh dibuat di kaunter rujukan perpustakaan atau menghubungi kakitangan bertugas di talian 03-5544 7149, atau hantarkan pertanyaan melalui e-mel di alamat ilmu@selangor.gov.my / asilatulsyila@selangor.gov.my.

  • Semua koleksi buku terkini boleh dirujuk melalui Laman Web Perpustakaan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di ruangan 'BUKU TERKINI'.

  • Perkhidmatan Online Public Access Catalogue (OPAC) turut disediakan bagi memudahkan pengguna mencari buku yang diperlukan.

 

Perkhidmatan Internet dan Multimedia

•Internet – bagi memperluas dan memudahkan pengaksesan maklumat di internet.