Semua pengguna perpustakaan adalah tertakluk kepada peraturan perpustakaan yang sedang berkuatkuasa ketika berada di dalam perpustakaan
Pegawai dan kakitangan perpustakaan diberi kuasa melaksanakan peraturan-peraturan perpustakaan
Perpustakaan dibuka kepada semua Ahli Dewan Negeri Selangor serta pegawai dan kakitangan di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Bangunan Darul Ehsan dan Bangunan Sultan Idris Shah (JAIS)
Penyelidik / Pengguna luar dikehendaki mengemukakan surat memohon kebenaran untuk membuat rujukan dan menyertakan satu salinan kad pengenalan. Penyelidik / pengguna luar hanya dibenarkan membuat rujukan sahaja
Pengguna hendaklah berpakaian tertib dan bersih apabila masuk ke perpustakaan
Pengguna TIDAK DIBENARKAN membuat bising ketika berada di dalam perpustakaan
Pengguna TIDAK DIBENARKAN makan, minum dan merokok di dalam perpustakaan
Pengguna TIDAK DIBENARKAN membuat tanda pada bahan bacaan perpustakaan dengan pen atau pensil, melipat muka surat atau merosakkan buku, majalah, peralatan ICT dan perabot-perabot perpustakaan
Pengguna TIDAK DIBENARKAN mengunakan keahlian perpustakaan pengguna lain untuk membuat pinjaman bahan perpustakaan
Semua bahan perpustakaan yang dipinjam mesti direkodkan ke dalam sistem perpustakaan / buku rekod dan dicop Tarikh Pemulangan sebelum dibawa keluar dari perpustakaan
Ahli perpustakaan akan dikenakan DENDA sekiranya memulangkan bahan yang dipinjam lewat dari tarikh pemulangan
Sekiranya bahan yang dipinjam rosak / hilang, pengguna wajib mengganti bahan tersebut, samada mengganti dengan bahan baru atau membayar mengikut harga bahan
Beg, fail, payung, dan topi keledar perlu diletakkan di tempat yang telah disediakan
Pengguna boleh mengemukakan sebarang cadangan kepada pihak perpustakaan samada dari segi pembelian buku atau perkhidmatan perpustakaan melalui Borang Cadangan Judul Bahan Perpustakaan dan Borang Kaji Selidik Kepuasan Pelanggan
Pengguna boleh memohon bantuan daripada kakitangan perpustakaan sekiranya menghadapi kesulitan semasa menggunakan perkhidmatan perpustakaan