Peraturan Peraturan Perpustakaan Peraturan Peraturan Perpustakaan

  • Semua pengguna perpustakaan adalah tertakluk kepada peraturan perpustakaan yang sedang berkuatkuasa ketika berada di dalam perpustakaan
     
  • Pegawai dan kakitangan perpustakaan diberi kuasa melaksanakan peraturan-peraturan perpustakaan
     
  • Perpustakaan dibuka kepada semua Ahli Dewan Negeri Selangor serta pegawai dan kakitangan di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Bangunan Darul Ehsan dan Bangunan Sultan Idris Shah (JAIS)
     
  • Penyelidik / Pengguna luar dikehendaki mengemukakan surat memohon kebenaran untuk membuat rujukan dan menyertakan satu salinan kad pengenalan. Penyelidik / pengguna luar hanya dibenarkan membuat rujukan sahaja
     
  • Pengguna hendaklah berpakaian tertib dan bersih apabila masuk ke perpustakaan
     
  • Pengguna TIDAK DIBENARKAN membuat bising ketika berada di dalam perpustakaan
     
  • Pengguna TIDAK DIBENARKAN makan, minum dan merokok di dalam perpustakaan
     
  • Pengguna TIDAK DIBENARKAN membuat tanda pada bahan bacaan perpustakaan dengan pen atau pensil, melipat muka surat atau merosakkan buku, majalah, peralatan ICT dan perabot-perabot perpustakaan
     
  • Pengguna TIDAK DIBENARKAN mengunakan keahlian perpustakaan pengguna lain untuk membuat pinjaman bahan perpustakaan
     
  • Semua bahan perpustakaan yang dipinjam mesti direkodkan ke dalam sistem perpustakaan / buku rekod dan dicop Tarikh Pemulangan sebelum dibawa keluar dari perpustakaan
     
  • Ahli perpustakaan akan dikenakan DENDA sekiranya memulangkan bahan yang dipinjam lewat  dari tarikh pemulangan
     
  • Sekiranya bahan yang dipinjam rosak / hilang, pengguna wajib mengganti bahan tersebut, samada mengganti dengan bahan baru atau membayar mengikut harga bahan
     
  • Beg, fail, payung, dan topi keledar perlu diletakkan di tempat yang telah disediakan
     
  • Pengguna boleh mengemukakan sebarang cadangan kepada pihak perpustakaan samada dari segi pembelian buku atau perkhidmatan perpustakaan melalui Borang Cadangan Judul Bahan Perpustakaan dan Borang Kaji Selidik Kepuasan Pelanggan
     
  • Pengguna boleh memohon bantuan daripada kakitangan perpustakaan sekiranya menghadapi kesulitan semasa menggunakan perkhidmatan perpustakaan