Latar Belakang Latar Belakang

Perpustakaan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, dahulu dikenali sebagai Perpustakaan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN). Pada ketika itu, perpustakaan terletak di Tingkat 15, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di mana, ia telah memulakan perkhidmatannya sekitar tahun 80-an yang bermatlamat bagi menyediakan satu sistem Bank Data dan mengemaskini maklumat serta koleksi sekitar Negeri Selangor.

Setelah bangunan tambahan kepada Dewan Negeri Selangor yang dikenali sebagai Bangunan Annex siap dibina pada tahun 2004, perpustakaan telah berpindah ke tingkat 2. Nama perpustakaan telah bertukar kepada Perpustakaan Pejabat Dewan Undangan Negeri Selangor dan berada di bawah pentadbiran Pejabat DUNS.

Pada Februari 2008, setelah penyusunan semula Carta Organisasi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, perpustakaan telah diletakkan di bawah pentadbiran Bahagian Khidmat Pengurusan, Pejabat SUK. Kini, Perpustakaan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor berperanan sebagai sebuah pusat rujukan dalam bidang perundangan, politik, pentadbiran kerajaan dan pentadbiran awam bagi menyokong keperluan penyelidikan Ahli Dewan Negeri Selangor, pegawai serta kakitangan di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Bangunan Darul Ehsan dan Bangunan Sultan Idris Shah (JAIS) ke arah suasana pembelajaran yang sistematik untuk melahirkan warga kerja yang cemerlang.

Objektif Objektif

Menyokong kegiatan perkhidmatan, rujukan dan penyelidikan. Berusaha memenuhi keperluan maklumat jabatan dan menyertai proses penyebaran maklumat kepada Ahli Dewan Negeri dan warga Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor khasnya.

Visi Dan Misi Visi Dan Misi

Visi

Berusaha mewujudkan budaya bermaklumat dan penyumbang penting ke arah membantu pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor mencapai matlamat menjadi sebuah negeri maju.

Misi

Untuk menjadi sebuah perpustakaan khusus jabatan kerajaan dan pusat dokumentasi yang lengkap, kemaskini, berkualiti dan mampu menyalurkan perkhidmatan rujukan yang tepat dikalangan Ahli Dewan Negeri, para pegawai dan kakitangan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.

Piagam Pelanggan Piagam Pelanggan

  1. Memastikan pemilihan dan perolehan bahan baru perpustakaan dibuat setiap tahun.
  2. Memastikan layanan mesra dan profesional diberikan serta menjawab pertanyaan rujukan kepada semua pengguna perpustakaan.
  3. Mengumpul dan merekodkan koleksi tempatan berkaitan Pejabat Setiausaha Kerajaan khususnya dan Negeri Selangor amnya.
  4. Memastikan pinjaman dan pemulangan bahan diproses dalam masa 3 minit.