Kemudahan Kemudahan

Ruang Bacaan

Ruang bacaan disediakan di lokasi strategik dengan persekitaran yang  kondusif untuk merujuk kepada bahan - bahan perpustakaan. Ruang bacaan juga diliputi dengan kemudahan Akses Internet Tanpa Wayar (WIFI).

Tempat Simpanan Barang

Perpustakaan menyediakan tempat simpanan beg / fail yang terletak di sebelah kanan pintu masuk. Walau bagaimanapun, pengguna tidak digalakkan menyimpan barang - barang berharga di tempat simpanan barang tersebut. Perpustakaan juga tidak bertanggungjawab diatas sebarang kerosakan atau kehilangan barang yang disimpan dalam ruang peyimpanan berkenaan.

Ruang Santai

Menyediakan kemudahan membaca akhbar sambil menonton program di televisyen. Ruang menarik ini sering menjadi tumpuan pengguna terutama semasa waktu rehat tengahari atau selepas merujuk kepada bahan perpustakaan.

Mesin Salinan Foto

Mesin Salinan Foto disediakan untuk digunakan oleh pengguna-pengguna perpustakaan. Tujuannya supaya pengguna-pengguna boleh membuat salinan buku-buku atau bahan-bahan lain yang tidak boleh dipinjam ataupun dibawa keluar daripada perpustakaan. Walau bagaimanapun, pengguna TIDAK DIBENARKAN membuat salinan foto melebihi 10 muka surat bagi sesebuah bahan bacaan atau rujukan. ‘AMALKAN SIKAP BERJIMAT CERMAT’

OPAC (Online Public Access Catalogue)

Kemudahan ini membantu para pengguna mendapatkan bahan-bahan bacaan dan rujukan yang ada di perpustakaan dengan mudah, cepat dan tepat. Dua unit komputer diletakkan di meja bacaan bagi pengguna menggunakan OPAC.

Penerbitan

Penerbitan Perpustakaan seperti panduan penggunaan pangkalan data, panduan kepada sumber, pengenalan kepada perpustakaan, risalah program dan aktiviti yang dijalankan oleh pihak perpustakaan diterbitkan khusus untuk meningkatkan kesedaran pengguna terhadap ketersediaan sumber bagi memenuhi keperluan maklumat warga kerja Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.